Powered By Blogger

Senin, 14 Maret 2011

RESUSITASI JANTUNG PARU

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG 


BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK

CPR - UNTUK KANAK-KANAK (1 HINGGA 8 TAHUN)
standard CPR
Anda boleh menjalankan CPR ke atas kanak-kanak kecil sama seperti kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar kecuali dalam 4 perkara berikut :
  1. Jika penyelamat itu tiada pembantu, berikan CPR selama 1 minit sebelum membuat panggilan sistem rawatan kecemasan.
  2. Gunakan pangkal sebelah tapak tangan sahaja untuk memberikan tekanan kepada dada
  3. Tekan sternum sedalam 1 hingga 1 1/2 inci
  4. Berikan 100 tekanan seminit dan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan
A.  SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)
  • Penilaian: tentukan mangsa tiada tindak balas.   Gerakkan bahunya perlahan-lahan sambil memanggil, "Apa hal ini?"
  • Panggil "tolong"
  • Telentangkan mangsa dengan berhati-hati, ampu kepala dan tengkoknya jika dikhuatiri ada kecederaan.
  • buka saluran pernafasan; guna teknik dongak-kepala-angkat-dagu.
B.  PERNAFASAN (BREATHING)

  • Penilaian: Tentukan mangsa tidak bernafas.   Letakkan telinga anda ke atas mulutnya, perhatikan dadanya; lihat dengar dan rasa udara pernafasan sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka .
  • Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, baringkan mangsa dalam posisi pemulihan.
  • Jika mangsa tiada bernafas, berikan 2 pernafasan bantuan, gunakan pernafasan bantuan mulut kemulut ( 1 - 1 1/2 saat setiap pernafasan) Perhatikan pergerakkan dada.
C. EDARAN DARAH (CIRCULATION)
  • Penilaian :  Tentukan ketiadaan nadi.   Gunakan 2 atau 3 jari untuk merasa nadi karotik sambil mendongakkan kepala dengan tangan sebelah lagi tetap memegang diatas dahi mangsa (untuk mengekalkan saluran pernafasan sentiasa terbuka.
  • Jika tiada rasa nadi, mulakan TEKANAN DADA , letakkan tangan ditempat sama seperti orang dewasa.  Tekan sternum lebik kurang 1 - 1 1/2 inci.  Gunakan bahagian pangkal sebelah tapak tangan sahaja.  Tekan dada 100 kali seminit dan berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan.
  • Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan.
  • Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat panggilan 999 ( Telefon cepat!)
  • Periksa nadi
  • Jika tiada nadi, beri 1 pernafasan bantuan dan teruskan tekanan dada dan pernafasan bantuan
  • Periksa nadi setiap beberapa minit
  • Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan.   Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan sentiasa awasi nadi.  Jika mangsa bernafas, baringkannya dalam posisi pemulihan dan pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Laman